Di Malaysia pula, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKKP telah mengeluarkan satu tataamalan menetapkan bahawa peranti penulen udara (pembersih udara) yang membebaskan ozon TIDAK boleh digunakan sebagai langkah kawalan kualiti udara dalaman.

3.1.2 (i) memasang peranti penulenan udara kecuali peranti yang menghasilkan atau membebaskan ozon;


Sekiranya anda masih ingin ataupun telah memiliki pembersih udara yang menghasilkan Ozon,
nasihat kami agar anda:

1) gunakan alat itu ketika tiada sesiapa di dalam bilik tersebut atau,
2) letakkan ia sejauh mungkin dari anda atau anak-anak anda.

Pernahkah anda bertemu dengan mana-mana promoter pembersih udara? Mereka meyakinkan anda mengenai keperluan alat pembersih udara untuk kesejahteraan hidup anda sekeluarga di rumah. Sememangnya perkara ini ada kebenarannya.Tapi sebelum anda menyerahkan kad kredit anda untuk pembelian, sila tanya beberapa soalan untuk kepastian.

1.  Adakah produk itu telah diuji berkesan? Selain dari ujian makmal, adakah produk itu diuji di dalam bilik sebenar di mana ada orang keluar masuk? Jika mereka jawab ada, sila tunjukkan laporan ujian tersebut. Ujian makmal sahaja tidak cukup sebagai petunjuk prestasi keberkesanan peranti itu ketika digunakan di ruang bilik sebenar.

2.  Adakah produk itu hasilkan ozon? Jika mereka jawab zero ozon, sila tunjukkan laporan ujian ozon (penghasilan ozon boleh diuji di makmal). Lihatlah sendiri fakta tersebut.

3. Jika produk itu mempunyai penarafan CADR dari AHAM (lihat meterai di bawah), rujuk model produk itu dalam www.cadr.org atau www.ahamverifide.org untuk pengesahan. Direktori program persijilan AHAM mengandungi model-model pembersih udara mudah alih yang diperakui oleh AHAM. Bandingkan samada angka-angka yang ditunjukkan pada spesifikasi produk tersebut, terutamanya nombor "tobacco smoke" dan keluasan bilik dalam "sq/ft", sama seperti di dalam direktori persijilan AHAM tersebut. Jika ada percanggahan angka, sila tanya kenapa.

Jika semua jawapan mereka memuaskan hati anda dan mereka juga memberikan semua laporan yang anda minta, kami syorkan anda teruskan proses pembelian itu. Jika mereka jawab semua laporan ujian akan diberi kemudian, maka seeloknya anda jawab saya akan beli bila saya dapat laporan tersebut nanti.Jangan beli hanya kerana harganya murah. Jangan beli hanya kerana proses pembelian amat mudah. Jangan beli semata-mata kerana pengeluar kata produk itu bagus. Belilah bila anda sudah betul-betul pasti, berdasarkan fakta, walau dari jenama yang terkemuka sekalipun.Adalah sangat tidak logik sekiranya anda beli pembersih udara yang boleh membahayakan sistem pernafasan anda disebabkan kesan sampingan dedahan jangka panjang. Lebih-lebih lagi sekiranya peranti itu tidak mempunyai sebarang bukti saintifik yang dapat mengesahkan keberkesanan ia membersihkan udara. Jangan bazirkan wang anda!

Tip: Ketika membeli, pastikan ada promoter jualan untuk mendapatkan maklumat produk. Cuba elakkan membuat pilihan dari atas rak tanpa bertanya terlebih dahulu. Isu-isu penting yang perlu anda pastikan tentang pembersih udara:

(1) Selamat – penulen udara sepatutnya tidak memudaratkan pengguna dengan sengaja atau sebagai kesan sampingan.

(2) Efisien   – penulen udara sepatutnya mesti diuji secara saintifik di makmal untuk memastikan ia benar-benar berfungsi seperti yang dinyatakan.

(3) Efektif  – penulen udara yang telah diuji di makmal sepatutnya turut diuji di dalam bilik sebenar di mana ada orang keluar masuk, bagi mengesahkan keberkesanan penggunaannya.

Jadi, sebelum membeli, buatlah sedikit kajian dan buatlah pilihan yang tepat. Janganlah pertaruhkan kesihatan anda, kesihatan anak anda dan kesihatan mereka yang anda sayang!

NOTA: Menurut AHAM, pengiraan keluasan bilik adalah berdasarkan nombor "tobacco smoke". Formulanya ialah nombor 'tobacco smoke x 1.5 = coverage area'. Contoh: #tobacco smoke = 80 (seperti meterai di bawah). Keluasan bilik = 80 x 1.5 = 120 kaki persegi.



Created with Artisteer

0 comments:

Post a Comment

Search

Versi Android

Versi Android

Pertanyaan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

AirFree